Kenali SISC+

Apakah Spesifikasi Tugas SISC+
Spesifikasi Tugas SISC+

PPP yang dilantik sebagai SISC+ bertanggungjawab kepada Pegawai Pelajaran Daerah di PPD yang ditempatkan. Tugas utama SISC+ adalah mempertingkat kualiti PdP guru mata pelajaran di bawah kawalannya ke arah mempertingkat penguasaan dan pencapaian murid.
Selaku SISC+, pegawai akan memperuntukkan 80% hingga 90% masa berkerja dengan guru di sekolah.

Di antara tanggungjawab utama SISC+ adalah;
·       Memastikan tahap PdP guru - guru di bawah kawalan mencapai standard yang telah ditetapkan.
·       Memastikan tahap pelaksanaan dasar dan program KPM dijalankan di sekolah.
·       Merealisasikan KPI mata pelajaran yang telah ditetapkan.
·       Meningkatkan tahap profesionalisme, pengetahuan, kemahiran dan sikap diri masing-masing.
·       Merancang dan menyelaras pelaksanaan latihan untuk guru di daerah masing-masing.

Dalam merealisasikan tanggungjawab di atas, skop tugas SISC+ boleh diperincikan seperti jadual di bawah.
Coaching and
Mentoring
·       Membimbing guru meningkatkan teknik pedagogi supaya lebih efektif, kreatif dan inovatif.
·       Mencadangkan KPI mata pelajaran kepada sekolah.
·       Berfungsi sebagai agen perubahan positif dan menjadi pakar rujuk sumber.
Kurikulum
·       Memberi bimbingan dan kefahaman kepada mengenai dasar dan program
·       KPM seperti MBMMBI, LINUS, KSSR, KSSM, PBS dan lain-lain.
·       Menyampaikan maklumat terkini mengenai mata pelajaran dan pelaksanaan penilaian kurikulum dalam bilik darjah.
·       Mengenal pasti isu-isu semasa bagi setiap dasar dan program yang berkaitan mata pelajaran masing-masing.
·       Membincangkan intervensi yang bersesuaian bagi mata pelajaran yang dibimbing.
Pelaporan
(Reporting)
·       Melaporkan dapatan penyeliaan dan bimbingan yang telah dilaksanakan kepada PPD setiap dua minggu.
·       Menggunakan format pelaporan yang dibekalkan dalam buku panduan.
Jaringan
(Networking)
·       Melaksanakan perkongsian pintar.
·       Melaksanakan sesi latihan bersama bagi sekolah-sekolah di bawah kawalan.

(Sumber:http://jpwpp.moe.gov.my/v2/index.php/bm/pengurusan-akademik/320-apakah-spesifikasi-tugas-sisc)





(Sumber:  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025)


No comments:

Post a Comment